Wednesday, December 30, 2015

Cuba.

Aku cuba mulakan walau aku ni bukan seorang yang suka memulakan sesuatu. Tapi sampai satu point aku berhenti. Ada orang tanya kenapa berhenti pasal aku taktahu pun lagi jawapannya. Tapi macam mana aku nak cakap eh..

Kadang-kadang, ada perkara yang takpayah kita tunggu sampai penghujung untuk tahu keputusannya. Kita ada "rasa" tu. Rasa dimana kita takdapat aura yang sepatutnya untuk kita teruskan haluan tu.

Orang lain takfaham pasal dia hanya nampak secara visual tapi kita rasa luar dan dalam. Tapi kita takperlu terangkan pada yang lain. Sebab macam mana terang pun orang akan argue and akan cakap "aku takfaham asal kau buat keputusan macam ni."

Takkisahlah keputusan tu betul atau salah yang penting kau yakin dengan apa yang kau buat. Sekurangnya kau yang bertanggungjawab dan kau taksusahkan orang. Instead of making right decision but your decision will burden others. Yang kau hadapi tu kau tanggung sendiri consequences dia. Kalau orang lain nak rasa, diorang kena hadap juga laa apa yang kau lalui.

aku cuba ikut apa yang orang mahukan.
aku ikut kemahuan aku.

Dan kadang-kadang aku berhenti. 

Pasal aku penat cuba. 

Mungkin aku patut berhenti cuba. 

.
.
.


Atau mungkin aku kena cuba lagi?



No comments:

Post a Comment