Tuesday, April 28, 2015

Ada satu waktu
Waktu ini hanya satu.
Sekali bukan selalu.

Kau betul-betul perlukan sekerat sokongan,
Perlukan tangan bukan untuk digapai tapi cukup memegang.
Biar tak erat, asal kemas.

Kau tak minta untuk difahami
Jauh sekali dorongan.

Sebab kau tahu,
tiada siapa yang mampu faham semacam mana kau faham diri dan sekeliling kau.

Kau.
Dia.
Kita tak sama, kan?
Hala tuju kita semua berbeza.

*kalau sama pun mungkin sebab jodoh. (Abaikan)

Dan waktu itu,
kau tagih satu.

SOKONGAN.

Apa kau dapat?
Di tengking.

Kau terdiam.
Ye, itu tengkingan.

Kau telan air liur lambat-lambat.
Ia tetap tengkingan.



p/s : prihatin tu manis. tapi jangan kemanisan tu hilang gara-gara nada suara.

No comments:

Post a Comment