Wednesday, February 11, 2015

Hari mereka

Untuk menghadapi apa yang mereka lalui mungkin bukan kuasa kita.
 
Untuk menangis akan tragedi mereka juga bukan jalan yang baik.

Pada satu ketika, mereka punya semuanya sama seperti kita. 
Rumah, pakaian, makanan mahupun haiwan peliharaan. 

Tapi hari ini, nikmat mereka ditarik seketika.
Mungkin, Yang Esa mahu menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. 
Siapa tahu..

Mereka hilang semua. 
Semua yang kita lihat.
Tetapi mereka masih punya kasih sayang dan semangat untuk hidup.

Cuba tanya diri kita, bolehkah kita mulakan hidup kita seperti baru semalam kita dihantar ke bumi tanpa apa apa?

Cuba tanya diri kita, sabar kah kita tidur di khemah? 

Cuba tanya diri kita, mampukah kita terpaksa buang air di merata-rata tempat?

Kita boleh berkata "ya" kerana kita sudah nampak gambaran tragedi itu. 

Kita boleh kata "ya" kerana kita sudah bersedia.

Hakikatnya, mereka bukan kita. 
Mereka tengah melaluinya. 

Cuba lihat ibu mereka. Cuba lihat ayah mereka.
Mereka masih mampu senyum supaya hati anak tidak berduka.
Wajah tua itu menenangkan semua. 
Itu kekuatan mereka.

Tak susah nak membantu
Tak susah nak meringankan.

Pegang pada satu.
Hati.

Hati yang cekal, mampu bawa pemikiran yang tajam dalam berusaha.

Untuk pulangkan hidup mereka seperti sediakala kita tidak mampu.
Tapi untuk membantu,
Jalannya sentiasa ada.

Apa yang jadi hari ini bukan apa yang mereka mahukan
Bukan apa yang kita gambarkan
Tapi ia berlaku.

Kita punya bahagian masing-masing
Hari ini mungkin kita menghulurkan tangan,
Tapi siapa tahu esok lusa, kita pula yang gapai tangan itu? 

Terus tabah ye.
Jangan rebah.