Wednesday, December 30, 2015

Cuba.

Aku cuba mulakan walau aku ni bukan seorang yang suka memulakan sesuatu. Tapi sampai satu point aku berhenti. Ada orang tanya kenapa berhenti pasal aku taktahu pun lagi jawapannya. Tapi macam mana aku nak cakap eh..

Kadang-kadang, ada perkara yang takpayah kita tunggu sampai penghujung untuk tahu keputusannya. Kita ada "rasa" tu. Rasa dimana kita takdapat aura yang sepatutnya untuk kita teruskan haluan tu.

Orang lain takfaham pasal dia hanya nampak secara visual tapi kita rasa luar dan dalam. Tapi kita takperlu terangkan pada yang lain. Sebab macam mana terang pun orang akan argue and akan cakap "aku takfaham asal kau buat keputusan macam ni."

Takkisahlah keputusan tu betul atau salah yang penting kau yakin dengan apa yang kau buat. Sekurangnya kau yang bertanggungjawab dan kau taksusahkan orang. Instead of making right decision but your decision will burden others. Yang kau hadapi tu kau tanggung sendiri consequences dia. Kalau orang lain nak rasa, diorang kena hadap juga laa apa yang kau lalui.

aku cuba ikut apa yang orang mahukan.
aku ikut kemahuan aku.

Dan kadang-kadang aku berhenti. 

Pasal aku penat cuba. 

Mungkin aku patut berhenti cuba. 

.
.
.


Atau mungkin aku kena cuba lagi?



Sunday, December 6, 2015

Berudu Pujaan Hati

Hi awak. A very happy birthday to you. First of all i would like to say sorry because i can't be there on your birthday and can't be there to celebrate your birthday. I know it breaks your heart but it breaks mine even harder. I just want you to know that i never try to be far from you. I also want you to know that you'll be the only person that I need to consider in anything that i do which related to you. You are so important to me. Knowing that only a month left for me to be with you is so heart breaking. I know this wishes should be a happy wishes instead, but i'm sorry. I couldn't stop myself to write it. Sometimes, i quite disappointed when you shout at me. Sometimes, i'm sad when you say something harsh. Sometimes, i wish i could not care about you and this what's describe our friendship. Afterall, no one could replace you 😔. Hmmm. Its hard for me to write this and it even harder to speak. Loving you is one of the best part that happen to me. Knowing you always be there for me through my thicks and thins was the great memories i had. Are we still going to be in this way? I pray hard for this. And today on your birthday, i want you to know that no matter where am I stand, you are the one who push me hard to walk. You are the person that i never wanted to forget. If i could turn back time, i wish i could spend more time with you. Ingat, saya takkan pernah lupa awak walau kita akan kurang berjumpa. Sayang saya takkan pernah kurang. Bukan sebab awak baik terhadap saya tapi kita memang ditakdirkan untuk berkawan. I want you to be strong. Please. Because if you crash down, i do feel it as well so tell me how am i gonna live? I need you to fight. Allah put us together so that I could teach you how to live. And now its time for me to let you decide and live your life. Whenever you need me, i always there for you. Now, i give you my trust for you to live your own life, hasmira. And now i'm watching you from a far..... It is not easy for me, I swear. But i pretend it so that you don't show your sad face in front of me. 

People grow. I want you to be the change, as well. Do not just sit and watch. If you want it real, do it. You are the greatest treasure i have. Marah saya, perli saya bukan suka suka. Awak kena berjaya.

Once again. Happy birthday awak. Sayang takpayah saya cakap. Takterkata. Asal awak tahu. Tempat awak dalam hati saya takkan pernah ada siapasiapa isi melainkan awak.

Friday, November 13, 2015

From a friend, to a friend.

A: At one point, i'm so heartbroken. Because i think that he/she stole all my happiness and take that all with them. And now he/she share it with another person. And i'm half way failed. That is why i thought I can't be happy, i'm tired. But i believe that it is not going to end here.

B: since you know that he/she is totally a jerk. More reason for you to never think of the sweet memories. Imagine this, you were so disappointed and I know that he/she is not sorry for what they did. And he/she is totally happy with their action. So does he/she worth all of your disappointment? Not at all. 

You may have loss this relationship because of "it - refer to the source of problem" but remember.. You are having a better life with no one mistreating you because of "it - refer to the source of problem" as well.. You don't have to feel disappointed with what happened. He/she was so proud with their action and you should proud with yourself too. Because you had managed to move on from the jerk.. And the "thing - refer to the source of problem" is still stuck with him/her. And ya know what, karma will arrive soon enough. Its not that we're praying for the bad things to happen, but it is just how the life works.

And CORRECTION!!! He/she didn't steal your happiness baby! They gave you the best happiness ever without any stress coming from them and you have become the new independent person. don't think it negatively. keep yourself positive.

::So this is a random conversation between friends. This is what we called a friend. The one who said what you need to hear instead of what you want to hear. The most important is that, friends give positive vibes to another friends. ::

Tuesday, August 11, 2015

Kadang - kadang.

Atau setiap kali sesuatu ujian tu datang.

Cuba kita fikirkan.

Sebab ujian yang datang tu bukan sahaja ujian semata- mata.

Boleh jadi peringatan.

Peringatan untuk kita berjaga-jaga.

Kerana kuasaNya,

Boleh berlaku dalam sekelip mata.


Wallahu a'lam.

Tuesday, April 28, 2015

Ada satu waktu
Waktu ini hanya satu.
Sekali bukan selalu.

Kau betul-betul perlukan sekerat sokongan,
Perlukan tangan bukan untuk digapai tapi cukup memegang.
Biar tak erat, asal kemas.

Kau tak minta untuk difahami
Jauh sekali dorongan.

Sebab kau tahu,
tiada siapa yang mampu faham semacam mana kau faham diri dan sekeliling kau.

Kau.
Dia.
Kita tak sama, kan?
Hala tuju kita semua berbeza.

*kalau sama pun mungkin sebab jodoh. (Abaikan)

Dan waktu itu,
kau tagih satu.

SOKONGAN.

Apa kau dapat?
Di tengking.

Kau terdiam.
Ye, itu tengkingan.

Kau telan air liur lambat-lambat.
Ia tetap tengkingan.



p/s : prihatin tu manis. tapi jangan kemanisan tu hilang gara-gara nada suara.

Tuesday, March 24, 2015

Tak Pernah Membesar.

Membesar dengan mengatakan bahawa ibu dan ayah tak pernah faham segala masalah yang kita hadapi.
Membesar dengan lebih mementingkan pandangan si dia lebih dari ibu dan ayah.
Membesar dengan melakukan sesuatu tindakan bodoh bila ditinggal "pakwe" tanpa peduli pada ibu dan ayah.
Membesar tanpa memikirkan apa-apa .

Faktab.

Tapi sebenarnya,
mereka (ibu dan ayah kau),
cuba sedaya upaya menjadikan kau tidak merasai apa yang mereka lalui.

Selesai.



Wednesday, February 11, 2015

Hari mereka

Untuk menghadapi apa yang mereka lalui mungkin bukan kuasa kita.
 
Untuk menangis akan tragedi mereka juga bukan jalan yang baik.

Pada satu ketika, mereka punya semuanya sama seperti kita. 
Rumah, pakaian, makanan mahupun haiwan peliharaan. 

Tapi hari ini, nikmat mereka ditarik seketika.
Mungkin, Yang Esa mahu menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik. 
Siapa tahu..

Mereka hilang semua. 
Semua yang kita lihat.
Tetapi mereka masih punya kasih sayang dan semangat untuk hidup.

Cuba tanya diri kita, bolehkah kita mulakan hidup kita seperti baru semalam kita dihantar ke bumi tanpa apa apa?

Cuba tanya diri kita, sabar kah kita tidur di khemah? 

Cuba tanya diri kita, mampukah kita terpaksa buang air di merata-rata tempat?

Kita boleh berkata "ya" kerana kita sudah nampak gambaran tragedi itu. 

Kita boleh kata "ya" kerana kita sudah bersedia.

Hakikatnya, mereka bukan kita. 
Mereka tengah melaluinya. 

Cuba lihat ibu mereka. Cuba lihat ayah mereka.
Mereka masih mampu senyum supaya hati anak tidak berduka.
Wajah tua itu menenangkan semua. 
Itu kekuatan mereka.

Tak susah nak membantu
Tak susah nak meringankan.

Pegang pada satu.
Hati.

Hati yang cekal, mampu bawa pemikiran yang tajam dalam berusaha.

Untuk pulangkan hidup mereka seperti sediakala kita tidak mampu.
Tapi untuk membantu,
Jalannya sentiasa ada.

Apa yang jadi hari ini bukan apa yang mereka mahukan
Bukan apa yang kita gambarkan
Tapi ia berlaku.

Kita punya bahagian masing-masing
Hari ini mungkin kita menghulurkan tangan,
Tapi siapa tahu esok lusa, kita pula yang gapai tangan itu? 

Terus tabah ye.
Jangan rebah.