Tuesday, October 14, 2014

Berfikir Diatas Awan

Berfikir biar jauh. Biar luarbiasa!
Bertindak selepas berfikir, itu perlu. 
Itu kena kemas. bagi rapi.
Bukan serabut, bukan merungut.
bukan membebankan diri dengan kata-kata.
Belon, kalau ditiup lebih dari kapasitinya juga mampu pecah.
Apakan pula manusia. Jadi, jangan mempersoalkan kenapa sakit kepala kalau hanya asyik berkata-kata dan kata dan kata dan kata sampai binasa!

Di atas muka bumi, kita menghuni.
Bukan bercuti, tetapi berkelakuan untuk dibawa bekalan ke tempat yang Hakiki,nanti.
Sia-sia hidup kalau hidup dalam 'drawing blocks' yang kosong. 
Carilah warna! Campurkan warna-warna yang ada untuk buat tona warna yang pelbagai. 
Kalau hidup ini pertandingan lukisan.. "Kalau laaa.."
Takkan kau nak tunjuk kertas-kertas lukisan yang lakarannya kosong dan tidak berwarna.

"Aku takda berus!"
Dekat muka bumi ni kau bukan hidup sorang sorang, tanpa benda lain yang boleh digantikan untuk mewarna. Fikir!

"Aku takda warna ungu!"
Kan kau punya warna merah dan biru, campurkan sahaja!

"Ahh tiru sahaja dia..."
Patutlah hambar. *gosok hidung*
Hai, kawan. Takkan hanya nak lalui setiap hari dengan menunggu apa yang bakal datang atau seperti kebiasaan dan sampai masa tamat riwayat, mati. Macam tu?

Tengok awan tu. 
Dongaklah ke langit, biar jelas.
Biar terasa redup and bahang suasana.
"Mampu tak nak pergi atas sana?"
Kapal terbang mampu membelah awan.
Dan aku percaya kita mampu berfikir diatas awan.




Luas. 
Makin jauh boleh pergi. 
Makin jauh, makin berbeza, makin stabil.
Jangan takut jatuh! 

Mustahil itu bukan fakta. Ia pilihan.
Jadi.
Mahu terbang?
Atau berjalan beribu batu?

"Berfikir diatas awan." - Encik Wan Hazwan

No comments:

Post a Comment