Tuesday, October 14, 2014

Berfikir Diatas Awan

Berfikir biar jauh. Biar luarbiasa!
Bertindak selepas berfikir, itu perlu. 
Itu kena kemas. bagi rapi.
Bukan serabut, bukan merungut.
bukan membebankan diri dengan kata-kata.
Belon, kalau ditiup lebih dari kapasitinya juga mampu pecah.
Apakan pula manusia. Jadi, jangan mempersoalkan kenapa sakit kepala kalau hanya asyik berkata-kata dan kata dan kata dan kata sampai binasa!

Di atas muka bumi, kita menghuni.
Bukan bercuti, tetapi berkelakuan untuk dibawa bekalan ke tempat yang Hakiki,nanti.
Sia-sia hidup kalau hidup dalam 'drawing blocks' yang kosong. 
Carilah warna! Campurkan warna-warna yang ada untuk buat tona warna yang pelbagai. 
Kalau hidup ini pertandingan lukisan.. "Kalau laaa.."
Takkan kau nak tunjuk kertas-kertas lukisan yang lakarannya kosong dan tidak berwarna.

"Aku takda berus!"
Dekat muka bumi ni kau bukan hidup sorang sorang, tanpa benda lain yang boleh digantikan untuk mewarna. Fikir!

"Aku takda warna ungu!"
Kan kau punya warna merah dan biru, campurkan sahaja!

"Ahh tiru sahaja dia..."
Patutlah hambar. *gosok hidung*
Hai, kawan. Takkan hanya nak lalui setiap hari dengan menunggu apa yang bakal datang atau seperti kebiasaan dan sampai masa tamat riwayat, mati. Macam tu?

Tengok awan tu. 
Dongaklah ke langit, biar jelas.
Biar terasa redup and bahang suasana.
"Mampu tak nak pergi atas sana?"
Kapal terbang mampu membelah awan.
Dan aku percaya kita mampu berfikir diatas awan.




Luas. 
Makin jauh boleh pergi. 
Makin jauh, makin berbeza, makin stabil.
Jangan takut jatuh! 

Mustahil itu bukan fakta. Ia pilihan.
Jadi.
Mahu terbang?
Atau berjalan beribu batu?

"Berfikir diatas awan." - Encik Wan Hazwan

Thursday, October 9, 2014

Mengejar

Rabu
20 Ogos 2014, yang lalu


”kanak-kanak tidak pernah penat mengejar bola.” – Encik Zul

Pernahkan, kita melihat dipadang, walaupun mereka tidak bermain bola, tetapi mereka tidak penat mengejar bola yang disepak pemain? Seperti petang tadi, semasa perlawanan bola sepak antara sukarelawan dan guru sekolah Sk. Kg. Labang, kanak-kanak ditepi padang tidak penat mengejar bola yang tersasar walau bukan dia yang bermain.


Kenapa kalah?                          
Sebab diri sendiri yang tidak Berjaya mengawal situasi.
Kenapa mengalah?
Sebab semangat untuk menang dah hilang.
Kenapa tak nak membantu?
Sebab malas.
Kenapa marah?
Sebab awak salah!

Merasai kesusahan mereka menjadikan saya bertanya,
“apa itu jangan berputus asa?”
“apa itu usaha?”
“apa itu redha?”
“apa itu menyerah?”
“apa itu ikhlas?”

Bila susah itu datang
Kita harus menjadi lebih kuat.
Sebab ‘putus asa’ sentiasa ada dimana-mana.

Semua benda bermula dari kita,
Susah itu tidak lama.
Satu hari nanti kita pasti akan senang, hanya jikalau kita berhenti memberi sebab
Dan
Terus berusaha MENGEJARNYA.

Kita mendongak pada langit yang sama
Kenapa harus mempersoalkan, siapa boleh dan tidak boleh?

Wallahualam.