Wednesday, September 3, 2014

Permulaan

22 tahun hidup.
Dan ini permulaannya.

Tawaran yang aku terima, yang membawa aku pergi jauh dari hiruk pikuk kota dan memberi kembali hidup aku ke satu jalan.

Tawaran yang aku terima ke Kg. Labang membawa aku bertemu dengan nama-nama yang mula bertapak dalam diri ini.

Siti, Nurul, Erin, Uzair, Amir, Ihsan, Khairy, Mirul, Ryan, Zainal, Idzham, Abang Ariff, Hazeem, Abang Aizat, Adib, Linda, Vivian, Jandy, Rahim. 
Mereka punya satu perkara. 
Semangat.

Tawaran yang aku terima, adalah pilihan aku. Dan akhirnya aku memilih untuk membina diri aku. 

Mengumpul semangat yang kian hilang.
Menguatkan hati yang suatu ketika dulu hilang rasanya.
Cekalkan diri menyelami hidup orang lain
Kerjasama, persefahaman dan kasih sayang.

Maizhatul Nazreen Mohamad Zaidi
Seorang manusia yang sentiasa ada untuk kawan-kawan yang memerlukannya. Dia juga seorang manusia yang mempunyai banyak issues yang dilaluinya sendiri tetapi dia tetap akan lakukan apa sahaja untuk melihat senyuman pada orang disekelilingnya. 

Tapi selepas dia menyelami hidup orang lain,
Dia percaya,
Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan lain orang, lain ujiannya.

Dan dia memilih untuk teruskan hidupnya dengan lebih cekal dan akan terus memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.  

Bismilahirahmanirahhim. 



Senyum itu. 
Pernah lenyap.
Tapi ia datang kembali.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment