Tuesday, July 22, 2014

Esok

Dua.
Angka itu kini milik aku sendiri
Masih mahu dihitung? 
tidak salah kalau terus dikunci kira-kira kan.
Ada masa, air mata masih dikesat
Ada masa, senario masih bermain di mata
Ada masa, telinga masih mendengar suara itu sayu-sayu
Tapi dibatukan hati terkilan
Di gigit bibir supaya sakitnya lebih jelas
Supaya yang mati tidak terus berhenti jiwanya.

Menangis tetapi ketawa, itu ubatnya.
Menghulur sehingga yang lain gembira, itu penenangnya.

Walau banyak mana masa dijudikan.
Walau kita bagitahu betapa kita hargai, semuanya takpernah cukup!
Dan yang jelas, semuanya tak akan 'equal'. 

Dua. Dalam masa tiga.
Buka mata, masih sama.
Toleh tepi, masih sendiri.
Tanya hati, tidak berfungsi. 
Dipejam mata lagi. 
Ohh ya, aku mimpi. 
Hahahaha buka mata itu, ini memang hidupmu!
Di buka juga tabir itu. Perit nafas ditarik, dihembus sempit.
Jiwa dan nadi tidak lagi serasi. 

Esok akan jadi lebih baik. 
Tapi kalau masih sama? Kalau masih begitu? Bagaimana?
Kalau macam tu, terus sebutkan 'esok'. Mungkin ia akan terjadi, kita taktahu kan untung nasib esok? 
Tapi dalam suatu titik, esok pasti akan datang dan 'lebih baik' pasti menyusul. 

Dua. Aku cuba toleh. Dan aku senyum. Sebab ini hidup. Dan aku pilih untuk hidup dalamnya.


#sambil cicip teh o panas

No comments:

Post a Comment