Saturday, May 31, 2014

Tiga Puluh.

Apa pilihan aku?
Kebahagian kamu.

Jika tiadanya aku membahagiakan kamu. Aku lepaskan. Aku berundur.

Sakit. Tapi ini bahagian aku. Aku pernah sakit dengan hanya memiliki jasad kamu dan sekarang aku sakit dengan hilangnya kamu.

Takpa, aku okay.

Sayangnya aku pada kamu biar aku simpan ketatketat, rapirapi. Sebab ia sangat berharga untuk aku buang dan gantinya dengan yang lain. 

Begitu juga segala kata-kata semangat juga memori yang kamu pernah pinjamkan. Aku simpan kemas. Hanya itu yang tinggal untuk aku saat diri ini butuh secebis kekuatan.

Aku sentiasa ada walau mungkin suatu hari nanti aku tiada lagi di dunia ini. Aku ada, jauh sepi tersorok di suatu sudut hati kamu. Memerhatikan kamu, khuatir kamu jatuh, kamu sakit. Aku ada.

Masa depan kita. Yang pernah dilakarkan. Jangan khuatir. Aku akan terus melangkah kearah itu walau kini aku melangkahnya sendiri. Tiada yang memimpin. Langkah akan tetap aku atur.

Aku manusia biasa. Jantung masih berbunyi walau jasad kaku tapi membenci kamu itu tidak pernah akan terjadi, jauh sekali mencaci dan memaki.

Kamu punya hak untuk bahagia. Walau kebahagian kamu bukan lagi, aku. 

Doa aku, 
Bahagianyakamu. 


P/s: khas buat sang pencinta yang hati mereka sedang terluka diluar sana. 

No comments:

Post a Comment