Tuesday, May 6, 2014

126

Cuba meyakinkan diri bahawa semuanya baik-baik sahaja.
Cuba meredakan hati bahawa semuanya dugaan hidup yang semua orang lalui.
Tapi ada masa, kau goyah bila dugaan datang bertimpa-timpa.
Kau bertanya lagi, kenapa kau? Apa dosa masa silam kau sehingga ini yang harus dihadapi? 
Jiwa kau masih tenang kerana keyakinan kau itu tidak terhitung.
Jiwa kau tetap tenang kerana Dia tempat kau mengadu sentiasa ada untuk kau bersujud dan mohon kekuatan diri.

Mengharap tanpa melakukan apa apa adalah orang yang kalah.
Berusaha tanpa strategi adalah orang yang dungu.
Tapi mengharap, berusaha ke arah yang kau doakan dan tangan yang kau tadah dengan luhur itu mampu menjadikan kau seorang yang cekal.
Kau tahu, orang yang cekal itu banyak dugaannya kerana Dia sayangkan kau?
Kau tahu orang yang cekal itu adalah kau?

Ini hanya seketika dan kau kena percaya itu.
Jangan biarkan lilin hidup kau cair dan kehilangan sumbunya. Kerana tidak ada yang menyembuhkan diri mereka dengan melukakan orang lain.

Sabar ye, semuaorang ada bahagian masing-masing dan ini.. Bahagian kau.

::buat rakan yang mahu menangis tetapi malu. Buat rakan yang mahu meluahkan tapi malu. Mata kita kadangkadang menggambarkan semua tapi kita tertipu kerana kita ingat mata mampu menyembunyikan perasaan. 

No comments:

Post a Comment