Monday, November 3, 2014

kadang-kadang kita tak sama.

kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lakukan itu, 
menyakitkkan hati orang lain.

kadang-kadang lagi, kita tak perasan cara kita pula

menginggung perasaan.

kadang-kadang ,selalu kita tahu kita salah,

tapi kita takpernah nak cakap
kita selalu diam.

banyak kadang-kadang.

tapi kawan-kawan kita bukan untuk kadang-kadang

kalau awak pilih kadang-kadang

Awak duduklah dalam kandang.

sebab orang disekeliling saya bukan saya pilih

bukan saya minta
tapi dah dijadikan untuk tahu "saya".

baik buruk saya. 

jahat nakal saya.
hodoh selekeh saya.

Saya bukan awak.

Saya takboleh jadi awak.
Saya sendiri takmahu jadi siapasiapa selain diri saya. 
Sebab nak jadi orang lain tu terlalu mainstream.

Jalan saya dihadapan sana tak sama dengan jalan awak.


"not travelling back" doesn't mean that I'm not travelling at all. I want to go where I've never been. Each of you that i met had tought me different things. It's not to escape life but for life to not to escape me. hahahaha


Don't you think your life is an adventure? go and take risks!

I'm on my way. I want to make memories all over the world!

Jangan buang masa.
Kawan-kawan yang ada sekarang belum tentu lagi ada dekat sebelah kita macam hari ni.
Mereka pun nak travel juga!

Bye!

Tuesday, October 14, 2014

Berfikir Diatas Awan

Berfikir biar jauh. Biar luarbiasa!
Bertindak selepas berfikir, itu perlu. 
Itu kena kemas. bagi rapi.
Bukan serabut, bukan merungut.
bukan membebankan diri dengan kata-kata.
Belon, kalau ditiup lebih dari kapasitinya juga mampu pecah.
Apakan pula manusia. Jadi, jangan mempersoalkan kenapa sakit kepala kalau hanya asyik berkata-kata dan kata dan kata dan kata sampai binasa!

Di atas muka bumi, kita menghuni.
Bukan bercuti, tetapi berkelakuan untuk dibawa bekalan ke tempat yang Hakiki,nanti.
Sia-sia hidup kalau hidup dalam 'drawing blocks' yang kosong. 
Carilah warna! Campurkan warna-warna yang ada untuk buat tona warna yang pelbagai. 
Kalau hidup ini pertandingan lukisan.. "Kalau laaa.."
Takkan kau nak tunjuk kertas-kertas lukisan yang lakarannya kosong dan tidak berwarna.

"Aku takda berus!"
Dekat muka bumi ni kau bukan hidup sorang sorang, tanpa benda lain yang boleh digantikan untuk mewarna. Fikir!

"Aku takda warna ungu!"
Kan kau punya warna merah dan biru, campurkan sahaja!

"Ahh tiru sahaja dia..."
Patutlah hambar. *gosok hidung*
Hai, kawan. Takkan hanya nak lalui setiap hari dengan menunggu apa yang bakal datang atau seperti kebiasaan dan sampai masa tamat riwayat, mati. Macam tu?

Tengok awan tu. 
Dongaklah ke langit, biar jelas.
Biar terasa redup and bahang suasana.
"Mampu tak nak pergi atas sana?"
Kapal terbang mampu membelah awan.
Dan aku percaya kita mampu berfikir diatas awan.




Luas. 
Makin jauh boleh pergi. 
Makin jauh, makin berbeza, makin stabil.
Jangan takut jatuh! 

Mustahil itu bukan fakta. Ia pilihan.
Jadi.
Mahu terbang?
Atau berjalan beribu batu?

"Berfikir diatas awan." - Encik Wan Hazwan

Thursday, October 9, 2014

Mengejar

Rabu
20 Ogos 2014, yang lalu


”kanak-kanak tidak pernah penat mengejar bola.” – Encik Zul

Pernahkan, kita melihat dipadang, walaupun mereka tidak bermain bola, tetapi mereka tidak penat mengejar bola yang disepak pemain? Seperti petang tadi, semasa perlawanan bola sepak antara sukarelawan dan guru sekolah Sk. Kg. Labang, kanak-kanak ditepi padang tidak penat mengejar bola yang tersasar walau bukan dia yang bermain.


Kenapa kalah?                          
Sebab diri sendiri yang tidak Berjaya mengawal situasi.
Kenapa mengalah?
Sebab semangat untuk menang dah hilang.
Kenapa tak nak membantu?
Sebab malas.
Kenapa marah?
Sebab awak salah!

Merasai kesusahan mereka menjadikan saya bertanya,
“apa itu jangan berputus asa?”
“apa itu usaha?”
“apa itu redha?”
“apa itu menyerah?”
“apa itu ikhlas?”

Bila susah itu datang
Kita harus menjadi lebih kuat.
Sebab ‘putus asa’ sentiasa ada dimana-mana.

Semua benda bermula dari kita,
Susah itu tidak lama.
Satu hari nanti kita pasti akan senang, hanya jikalau kita berhenti memberi sebab
Dan
Terus berusaha MENGEJARNYA.

Kita mendongak pada langit yang sama
Kenapa harus mempersoalkan, siapa boleh dan tidak boleh?

Wallahualam.







Wednesday, September 3, 2014

Permulaan

22 tahun hidup.
Dan ini permulaannya.

Tawaran yang aku terima, yang membawa aku pergi jauh dari hiruk pikuk kota dan memberi kembali hidup aku ke satu jalan.

Tawaran yang aku terima ke Kg. Labang membawa aku bertemu dengan nama-nama yang mula bertapak dalam diri ini.

Siti, Nurul, Erin, Uzair, Amir, Ihsan, Khairy, Mirul, Ryan, Zainal, Idzham, Abang Ariff, Hazeem, Abang Aizat, Adib, Linda, Vivian, Jandy, Rahim. 
Mereka punya satu perkara. 
Semangat.

Tawaran yang aku terima, adalah pilihan aku. Dan akhirnya aku memilih untuk membina diri aku. 

Mengumpul semangat yang kian hilang.
Menguatkan hati yang suatu ketika dulu hilang rasanya.
Cekalkan diri menyelami hidup orang lain
Kerjasama, persefahaman dan kasih sayang.

Maizhatul Nazreen Mohamad Zaidi
Seorang manusia yang sentiasa ada untuk kawan-kawan yang memerlukannya. Dia juga seorang manusia yang mempunyai banyak issues yang dilaluinya sendiri tetapi dia tetap akan lakukan apa sahaja untuk melihat senyuman pada orang disekelilingnya. 

Tapi selepas dia menyelami hidup orang lain,
Dia percaya,
Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan lain orang, lain ujiannya.

Dan dia memilih untuk teruskan hidupnya dengan lebih cekal dan akan terus memberi manfaat kepada orang yang memerlukan.  

Bismilahirahmanirahhim. 



Senyum itu. 
Pernah lenyap.
Tapi ia datang kembali.
Alhamdulillah.

Tuesday, July 22, 2014

Esok

Dua.
Angka itu kini milik aku sendiri
Masih mahu dihitung? 
tidak salah kalau terus dikunci kira-kira kan.
Ada masa, air mata masih dikesat
Ada masa, senario masih bermain di mata
Ada masa, telinga masih mendengar suara itu sayu-sayu
Tapi dibatukan hati terkilan
Di gigit bibir supaya sakitnya lebih jelas
Supaya yang mati tidak terus berhenti jiwanya.

Menangis tetapi ketawa, itu ubatnya.
Menghulur sehingga yang lain gembira, itu penenangnya.

Walau banyak mana masa dijudikan.
Walau kita bagitahu betapa kita hargai, semuanya takpernah cukup!
Dan yang jelas, semuanya tak akan 'equal'. 

Dua. Dalam masa tiga.
Buka mata, masih sama.
Toleh tepi, masih sendiri.
Tanya hati, tidak berfungsi. 
Dipejam mata lagi. 
Ohh ya, aku mimpi. 
Hahahaha buka mata itu, ini memang hidupmu!
Di buka juga tabir itu. Perit nafas ditarik, dihembus sempit.
Jiwa dan nadi tidak lagi serasi. 

Esok akan jadi lebih baik. 
Tapi kalau masih sama? Kalau masih begitu? Bagaimana?
Kalau macam tu, terus sebutkan 'esok'. Mungkin ia akan terjadi, kita taktahu kan untung nasib esok? 
Tapi dalam suatu titik, esok pasti akan datang dan 'lebih baik' pasti menyusul. 

Dua. Aku cuba toleh. Dan aku senyum. Sebab ini hidup. Dan aku pilih untuk hidup dalamnya.


#sambil cicip teh o panas

Sunday, June 22, 2014

Jaja pernah bertanya, 

"When will the time come?"
"Hmmmm"

Satu senyuman terukir, 
Dan aku jawab.

"Ada"
"Percaya laa"
"Sampai masa, kita mesti bahagia :')"

Untuk jalan dalam hidup ni, kita kena yakinkan orang lain walau pada dasarnya kita sendiri taktahu bahagia tu bagaimana. Cuma aku harap, bila bahagia tu sampai, setiap orang yang aku yakinkan akan terdetik

"ahhh ni dia yang mai bagitahu dulu. Ini perasaannya."

Dan pada masa tu, kebahagian mereka mampu buat aku yakin yang aku adalah sebahagian daripadanya. 

Wallahualam. 

Friday, June 20, 2014

Acah-acah bernyawa

Kau tak akan pernah benar-benar hidup sampailah kau dah melakukan sesuatu kepada yang lain.
Dan membuatkan dia tidak boleh bayar apa yang kau dah lakukan.

Itu hidup. 

Faham dah? 

Friday, June 13, 2014

when there's once open a time

Once open a time,

someone stole princess's platform pump
and threw it far far awaaaaaaayyyyy

now, she is a princess without her pump.
The end.

Saturday, May 31, 2014

Tiga Puluh.

Apa pilihan aku?
Kebahagian kamu.

Jika tiadanya aku membahagiakan kamu. Aku lepaskan. Aku berundur.

Sakit. Tapi ini bahagian aku. Aku pernah sakit dengan hanya memiliki jasad kamu dan sekarang aku sakit dengan hilangnya kamu.

Takpa, aku okay.

Sayangnya aku pada kamu biar aku simpan ketatketat, rapirapi. Sebab ia sangat berharga untuk aku buang dan gantinya dengan yang lain. 

Begitu juga segala kata-kata semangat juga memori yang kamu pernah pinjamkan. Aku simpan kemas. Hanya itu yang tinggal untuk aku saat diri ini butuh secebis kekuatan.

Aku sentiasa ada walau mungkin suatu hari nanti aku tiada lagi di dunia ini. Aku ada, jauh sepi tersorok di suatu sudut hati kamu. Memerhatikan kamu, khuatir kamu jatuh, kamu sakit. Aku ada.

Masa depan kita. Yang pernah dilakarkan. Jangan khuatir. Aku akan terus melangkah kearah itu walau kini aku melangkahnya sendiri. Tiada yang memimpin. Langkah akan tetap aku atur.

Aku manusia biasa. Jantung masih berbunyi walau jasad kaku tapi membenci kamu itu tidak pernah akan terjadi, jauh sekali mencaci dan memaki.

Kamu punya hak untuk bahagia. Walau kebahagian kamu bukan lagi, aku. 

Doa aku, 
Bahagianyakamu. 


P/s: khas buat sang pencinta yang hati mereka sedang terluka diluar sana. 

Wednesday, May 14, 2014

Thursday.

Sometimes,
Or maybe all the time,

I wish people could understand me 
more than myself

And tell me,
what's my fault. 

Tuesday, May 6, 2014

126

Cuba meyakinkan diri bahawa semuanya baik-baik sahaja.
Cuba meredakan hati bahawa semuanya dugaan hidup yang semua orang lalui.
Tapi ada masa, kau goyah bila dugaan datang bertimpa-timpa.
Kau bertanya lagi, kenapa kau? Apa dosa masa silam kau sehingga ini yang harus dihadapi? 
Jiwa kau masih tenang kerana keyakinan kau itu tidak terhitung.
Jiwa kau tetap tenang kerana Dia tempat kau mengadu sentiasa ada untuk kau bersujud dan mohon kekuatan diri.

Mengharap tanpa melakukan apa apa adalah orang yang kalah.
Berusaha tanpa strategi adalah orang yang dungu.
Tapi mengharap, berusaha ke arah yang kau doakan dan tangan yang kau tadah dengan luhur itu mampu menjadikan kau seorang yang cekal.
Kau tahu, orang yang cekal itu banyak dugaannya kerana Dia sayangkan kau?
Kau tahu orang yang cekal itu adalah kau?

Ini hanya seketika dan kau kena percaya itu.
Jangan biarkan lilin hidup kau cair dan kehilangan sumbunya. Kerana tidak ada yang menyembuhkan diri mereka dengan melukakan orang lain.

Sabar ye, semuaorang ada bahagian masing-masing dan ini.. Bahagian kau.

::buat rakan yang mahu menangis tetapi malu. Buat rakan yang mahu meluahkan tapi malu. Mata kita kadangkadang menggambarkan semua tapi kita tertipu kerana kita ingat mata mampu menyembunyikan perasaan. 

Wednesday, April 9, 2014

Jangan.

Jangan panggil!
Seru.

Jangan berpaling!
Toleh.

Jangan pergi!
Pulang.

Jangan cakap!
Pujuk.

Jangan dakap!
Peluk aku.

Sunday, March 23, 2014

23|3|2014

Sampai satu masa
Kau rasakan satu perasaan
Yang kau tak pernah faham apa yang kau rasa
Yang kau tahu itu sedih

Siapa buat kau sedih?
Tiada siapa-siapa.
Kau rasa kosong.

Apa kosong itu?
Kalaulah aku tahu...
Pasti ruang itu terisi.

Tuesday, February 11, 2014

22 Tahun, 1 Bulan.

Ada waktu, puisi itu memang untuk kau
Setiap butir kata yang tertaip tidak pernah dirancang
Susunan ayat yang membentuk lagu tidak pernah dikarang seindah itu

Bila ia mengalun, 
Umpama hati pulih dari sakit yang perit.

Bila ia mengalun lagi,
Umpama sinar mata yang tidak berkilau cuba mencari sirna

Bila ia mengalun terus.
Ia umpama doa yang tidak pernah terputus.

Dia sayang kau.
Dan dia nak cintakan kau. 

Thursday, January 16, 2014

Jangan Buat Tahi

If 
You're
Face
This 
Kind 
Of 
Shits

Then
You'll
Know
That
This
Shit

Is 
Fucking
Shit!