Tuesday, December 31, 2013

Dua Kosong Satu Empat

Nafas yang terhembus
Nadi yang berdenyut
Pernah memikul pelbagai beban yang di sangka taktertanggung.

Keringat yang mengalir
Peluh yang menitik
Air mata yang berbutir
Pernah menampung susah yang disangka tidak akan senang.

Tapi taklupa
Akal dan hati yang usaha
Mulut yang ketawa
Senyuman yang jelita,

Pernah meniup semangat ke jasad seorang aku pada bila dunia dirasa kaku tanpa ada seorang yang membantu menjadi kan lidah semakin kelu.

Pernah juga ia menghembus kekuatan agar terus mampu berjalan biar takmampu berlari sekali, asal takkan berhenti. 

Dua.
Kosong.
Satu.
Empat.
Buku yang baru.

Teruskan coret dongeng Cinderella atau si puteri Snow White. 
Biar yang membaca terus memperoleh ikhtibar darinya.

Tapi lebih istimewa jika kau mampu coretkan dongeng diri kamu yang satu itu. 
Seistimewa tuannya.

Salam 2014. 

"Hitam putih masa depan sendiri yang menentukan, usah dipersiakan."

Thursday, December 12, 2013

Tutur kata

Kita sebagai manusia, jangan pernah bergantung pada perkataan "agak", "mungkin", dan "aku rasa...". Perkataan ini mampu menjadikan kita kabur dari faham kita.

Terkadang aku kesal dengan pandangan aku sendiri. Mujur tak aku lafaz kan. Macam mana rasanya? Cuba bayangkan bila dia tidak punya masa yang cukup untuk kau dan kau berasa sangat sedih ( kalau dak2 manja ni, mereka lebih prefer untuk merajuk. *sorry ), tapi lepas dia luah segalanya yang sama sekali lari dari apa yang kau fikirkan. Kau akan rasakan satu perasan yang sukar kau jelaskan. Kesal. Sedih. Barangkali kecewa dengan diri sendiri. 

Aku seorang perempuan yang agak sukar memahami tingkah laku orang lain. Bukan takfaham, tapi aku lebih selesa buat taktahu kerana untuk aku, kalau seseorang tu nak sampaikan sesuatu kepada kita, dia akan usahakan untuk menyampainya dalam apa cara sekali pun. Tapi aku seorang pemerhati tegar. Aku lebih suka lihat, pandang, tonton dan  mendiamkan. Dalam diam aku tafsir. Dalam diam aku kaji. Dalam diam aku selam. Biasanya perkara yang aku observe takkan aku record-kan dalam mana-mana buku, notes atau kawan. Sebab pemerhatian tu hanya untuk aku belajar. Sekurangnya , jika pemerhatian aku salah, aku takjebakkan apa apa mahupun siapa-siapa.

Sebagai manusia yang bertamadun, aku juga semua orang kena faham yang taksemua perkara kita boleh tuturkan. Privasi? Ye. Lagi satu, kisah hidup kita yang kita war war kan belum tentu membawa sentimen yang baik pada yang mendengar. Tak semua orang mendoakan yang baik untuk kita. Tak semua orang bersangka baik kepada kita. Tapi, janganlah terlalu bersembunyi dengan orang-orang yang penting dalam hidup kita. Bila kita buat macam ni, dia akan bersangka lain, sebab secara jujurnya, we are definitely going to feel something when he/she act differently from usual. Jangan pernah sangka yang orang tak kenal kita, tak kenal karakter kita. Mungkin dia tak suka menunjukkan 'fahaman' itu tapi percayalah, dia mampu baca. Lagi satu, bila kita terlalu diamkan, kita secara tak lansung membuat dia beranggapan bahawa dia bukanlah orang yang penting, istimewa atau apa saja yang sewaktu dengannya. Statement ni, secara general, boleh jadi kawan kita, adik beradik mahupun siapa sahaja. Tapi aku mahu jelaskan dalam contoh begini. Kita ada masalah, kita cerita pada kawan kita, secara taklansung teman istimewa kita dapat tahu yang kita ada masalah. Dia akan kecewa. Kenapa taknak cerita dekat aku? Aku ni bukan pendengar yang baik ke? Walhal, dia taknak cerita sebab dia taknak membebankan pasangannya. 

Komunikasi itu penting. Walau siapa pun kita. Don't make a gap when you're fail in communicating. 

Every time you breath, do feel it. 

Salam.

P/s : I do have many weaknesses. I'm not as good as other. But Alhamdulillah, there is only you.




Friday, December 6, 2013

Main dimata aku
Selamat.
Satu figura statik di pandangan

Menari bila hujan panggil
Lincah.
Serupa anak kecil cintakan air.

Mengatur tutur.
Mengawal pandangan.
Fokus.

Tekad.
Kau pasti capai
Walau tidak di tempat paling atas
Tapi kaki masih mampu bertatih untuk sentuh harapan itu.

Percaya.
Adalah bagaimana kau percaya,
Bagaimana kau bertindak ke arah itu.

Utama.
Sebutan kau.
Teguh nekad.

'Aku percaya aku'.
Itu.

Monday, December 2, 2013

Malam ini.


Sejuk.


Menahan dingin malam yang menusuk hingga ke belikat.



Menjadikan butir-butir hujan sebagai melodi peneman sepi.


Bermimpikan suara yang mampu menghilangkan sejuk hingga lena.


Berkhayalkan suara yang boleh memecahkan sunyi.


...


Sampai kau rasai kelak.


Selamat malam.


Sekurangnya, tidur mampu bawa ke mimpi walaupun pada realiti,


Ia takkan terjadi.