Tuesday, December 31, 2013

Dua Kosong Satu Empat

Nafas yang terhembus
Nadi yang berdenyut
Pernah memikul pelbagai beban yang di sangka taktertanggung.

Keringat yang mengalir
Peluh yang menitik
Air mata yang berbutir
Pernah menampung susah yang disangka tidak akan senang.

Tapi taklupa
Akal dan hati yang usaha
Mulut yang ketawa
Senyuman yang jelita,

Pernah meniup semangat ke jasad seorang aku pada bila dunia dirasa kaku tanpa ada seorang yang membantu menjadi kan lidah semakin kelu.

Pernah juga ia menghembus kekuatan agar terus mampu berjalan biar takmampu berlari sekali, asal takkan berhenti. 

Dua.
Kosong.
Satu.
Empat.
Buku yang baru.

Teruskan coret dongeng Cinderella atau si puteri Snow White. 
Biar yang membaca terus memperoleh ikhtibar darinya.

Tapi lebih istimewa jika kau mampu coretkan dongeng diri kamu yang satu itu. 
Seistimewa tuannya.

Salam 2014. 

"Hitam putih masa depan sendiri yang menentukan, usah dipersiakan."

Thursday, December 12, 2013

Tutur kata

Kita sebagai manusia, jangan pernah bergantung pada perkataan "agak", "mungkin", dan "aku rasa...". Perkataan ini mampu menjadikan kita kabur dari faham kita.

Terkadang aku kesal dengan pandangan aku sendiri. Mujur tak aku lafaz kan. Macam mana rasanya? Cuba bayangkan bila dia tidak punya masa yang cukup untuk kau dan kau berasa sangat sedih ( kalau dak2 manja ni, mereka lebih prefer untuk merajuk. *sorry ), tapi lepas dia luah segalanya yang sama sekali lari dari apa yang kau fikirkan. Kau akan rasakan satu perasan yang sukar kau jelaskan. Kesal. Sedih. Barangkali kecewa dengan diri sendiri. 

Aku seorang perempuan yang agak sukar memahami tingkah laku orang lain. Bukan takfaham, tapi aku lebih selesa buat taktahu kerana untuk aku, kalau seseorang tu nak sampaikan sesuatu kepada kita, dia akan usahakan untuk menyampainya dalam apa cara sekali pun. Tapi aku seorang pemerhati tegar. Aku lebih suka lihat, pandang, tonton dan  mendiamkan. Dalam diam aku tafsir. Dalam diam aku kaji. Dalam diam aku selam. Biasanya perkara yang aku observe takkan aku record-kan dalam mana-mana buku, notes atau kawan. Sebab pemerhatian tu hanya untuk aku belajar. Sekurangnya , jika pemerhatian aku salah, aku takjebakkan apa apa mahupun siapa-siapa.

Sebagai manusia yang bertamadun, aku juga semua orang kena faham yang taksemua perkara kita boleh tuturkan. Privasi? Ye. Lagi satu, kisah hidup kita yang kita war war kan belum tentu membawa sentimen yang baik pada yang mendengar. Tak semua orang mendoakan yang baik untuk kita. Tak semua orang bersangka baik kepada kita. Tapi, janganlah terlalu bersembunyi dengan orang-orang yang penting dalam hidup kita. Bila kita buat macam ni, dia akan bersangka lain, sebab secara jujurnya, we are definitely going to feel something when he/she act differently from usual. Jangan pernah sangka yang orang tak kenal kita, tak kenal karakter kita. Mungkin dia tak suka menunjukkan 'fahaman' itu tapi percayalah, dia mampu baca. Lagi satu, bila kita terlalu diamkan, kita secara tak lansung membuat dia beranggapan bahawa dia bukanlah orang yang penting, istimewa atau apa saja yang sewaktu dengannya. Statement ni, secara general, boleh jadi kawan kita, adik beradik mahupun siapa sahaja. Tapi aku mahu jelaskan dalam contoh begini. Kita ada masalah, kita cerita pada kawan kita, secara taklansung teman istimewa kita dapat tahu yang kita ada masalah. Dia akan kecewa. Kenapa taknak cerita dekat aku? Aku ni bukan pendengar yang baik ke? Walhal, dia taknak cerita sebab dia taknak membebankan pasangannya. 

Komunikasi itu penting. Walau siapa pun kita. Don't make a gap when you're fail in communicating. 

Every time you breath, do feel it. 

Salam.

P/s : I do have many weaknesses. I'm not as good as other. But Alhamdulillah, there is only you.




Friday, December 6, 2013

Main dimata aku
Selamat.
Satu figura statik di pandangan

Menari bila hujan panggil
Lincah.
Serupa anak kecil cintakan air.

Mengatur tutur.
Mengawal pandangan.
Fokus.

Tekad.
Kau pasti capai
Walau tidak di tempat paling atas
Tapi kaki masih mampu bertatih untuk sentuh harapan itu.

Percaya.
Adalah bagaimana kau percaya,
Bagaimana kau bertindak ke arah itu.

Utama.
Sebutan kau.
Teguh nekad.

'Aku percaya aku'.
Itu.

Monday, December 2, 2013

Malam ini.


Sejuk.


Menahan dingin malam yang menusuk hingga ke belikat.



Menjadikan butir-butir hujan sebagai melodi peneman sepi.


Bermimpikan suara yang mampu menghilangkan sejuk hingga lena.


Berkhayalkan suara yang boleh memecahkan sunyi.


...


Sampai kau rasai kelak.


Selamat malam.


Sekurangnya, tidur mampu bawa ke mimpi walaupun pada realiti,


Ia takkan terjadi.

Tuesday, November 19, 2013

Dia tidak rebah

Kecil sakitnya.
Itulah yang keluar dari penglihatan kalian.

Setiap hari, saat ingin melihat matahari umpama cahayanya yang terus melecurkan luka yang masih belum sembuh.

Payah.

Tapi dia tetap lihat lagi.
Cuma ia takseperti yang dirasa.
Masih, dia mengasak.

Kau nampak kan?
Jadi jangan dibaling satu konklusi bila kau takrasai.
Sebab ia akan jadi andaian yang melarat menjadi fitnah, terus merosakkan hati

Pedih tetap mengguris tabah
Tapi dia tidak rebah.

Tuesday, November 5, 2013

Kasih Kekasih

Dia menunggu
Dia memaafkan
Dia terima 
Dia takpernah tinggalkan
Dia sentiasa ada pada waktu susah dan senang 
Dia kenal 
Dia lihat 
Dia sayang 
Dia cinta
Dia berharap
Dia takpernah letih.

Dia kekal.

Jadi,
Kenapa harus menolak bertemu kekasih abadi?

*istighfar*


Friday, November 1, 2013

Sepuluh Minit Aku.

Aku perhati satu satu
Aku renung tenang
Aku lihat.. Dalam.

Aku tutur sebiasa aku
Aku senyum seburuk selalu
Aku bertanya jawab selancar boleh

Sebaliknya.

Aku perhati satusatu
Aku renung tenang
Aku lihat.. Dalam

Aku simpan rindu
Aku sorok kasih
Aku buang sedih
Aku pamer gembira
Aku curah ketawa
Aku pajakkan hati sebagai kotak suara.

Aku bisu. 
Bisu pada satu fasa dimana aku mikirkan prosa yang aku cipta.

Sepuluh minit aku.
Kelu.

Tuesday, October 29, 2013

Semangat.

Hilang.

Lagi.


Selamat pagi..


Tergamam sendiri.

Ahad lepas ( 27/10/2013 ) selesai satu modul untuk pelajar penerapan diploma UiTM. Bila masuk sesi LDK, macam biasa, fasi minta buat ta'aruf. Dan minta diselitkan kekuatan setiap individu, 'benda hidup' yang reflect diri individu dan apa sumbangan individu dari penjelasan tersebut. 

Dan saya.

.......

'.... Kekuatan saya *mata pandang semua orang* saya pun taktahu. Dan saya pun takjumpa benda hidup yang reflect diri saya. Cuma saya nampak diri saya dalam sebuah BUKU. Perjalanan hidup saya. Saya catat, saya record. Segalanya. Baik mahu pun buruk. Dan buat yang baca BUKU itu saya sumbangkan satu jalan cerita supaya mereka belajar dan hidup mereka akan jadi lebih baik dari saya. InshaAllah.'

Duduk.
Terdiam.
Sejujurnya, tadi otak ligat mengarang dialog yang lain dari yang ditutur.
Kata hati, mungkin?

Tergamam sendiri.

Monday, October 28, 2013

Ikat

Di ikat kuat.
Di simpul-mati kan.
Dia punya aku!
Kau pasti? 
Atau lebih tepat, kau punya dia?!

Kenapa?

Ikat sendat. Ketat. 
*senyum*

'Kalau ia tidak tahu letak duduk dirinya pada kamu.
Dia tetap tiada dalam ke - ada - an nya.'

Mahu terbang?

Wednesday, October 23, 2013

3 Pagi Aku

Isi rumah lena mencipta mimpi

Anak tekak jadi perit
Mata mula kabur

Kau tahan kan nafas
Kau meringkuk menekan perut semahu boleh

Hanya untuk diam
Supaya tiada yang menyapa

Dan satu-satunya bila nafas takmampu lagi ditahan.

Itu bunyi tangisan.

*Dan aku percaya ini menangis yang paling sakit buat siapa yang pernah jamah 3 pagi aku.

Monday, October 21, 2013

#SedangMendengar

'Lepas pelukanmu dariku
Buang jauh perasaanmu'


'Yang lalu biarlah berlalu
Jangan lagi ini terjadi'


Yang Berlalu Biarkan Berlalu // Bunga Citra Lestari

Wednesday, October 16, 2013

Boleh

Kita manusia yang sama.
Yang membezakan hanyalah siapa ibubapa kita.
Secara fizikal, kita lain.
Tapi pernah tak kita sedar, apa yang kita alami, SAMA.
Cerita yang berbeza tapi dalam pengembaraan yang sepadan.

Macam roller coaster.
Atas.
Bawah.
Tapi kau je boleh pilih sama ada
Mahu menjerit?
Menjerit sambil tutup mata?
Melalak?
Muntah?
Atau diam dan hayati sendiri?

Kadang-kadang aku rasa hilang dalam fantasi
Aku hanya mahu travel satu dunia, baca puisi kegemaran sambil menghirup teh panas.
Tapi itu tetap terlalu lebih untuk diminta-minta dalam alam nyata.
Yang mana, jarang dapat mengendali menggunakan cara sendiri
Yang mana, takkan dapat apa yang di-mahu-nya.

Taksalah kan?
Sebab aku tahu,
Cara aku ketawa-
Cara aku senyum-
Cara aku bercakap-
Cara aku berfikir-
Dan cara aku melihat-
Bukan untuk diadili siapa pun.

Hidup aku.
Susah aku.
Dengan diri aku.

Aku cuba segalanya
Aku lakukan semuanya.
Kita sama kan?

Permintaan aku,
Simpan biar rapi dan kemas.
Aku takut kelak, ia berhenti dan tidak berfungsi lagi.
Tak perlulah mencari.
Hanya tinggal memori.

Sunday, October 6, 2013

Bungee Jumping

Pemikiran kita jarang sekali sama seakan siapa-siapa. Tapi kita jarang sekali boleh lari dari memikirkan benda yang kita takmahu ingat.

Kita boleh cakap, 'aku taknak fikir lagi pasal ni. Takda kene-mengena dengan aku. Tu masalah dia dengan sipolan. Biarkan mereka.'

Tapi percaya tak, jika ada ruang masa kosong lagi lengang. Perkara itu yang sampai ke kotak fikiran ini.

Ye, aku faham kau taknak fikirkan. Aku taksalahkan kau pun. Sabar okay. Macam ni, perkara tu yang seolah-olah takboleh jauh dari kita. Dan aku yakin, lagi kau kata jangan fikir, lagi bergunung-gunung dia jejak kau.

Untuk aku, biarkan perkara itu datang. Masa dia tengah taksub main dalam otak kau yang lapang tu, apa kata kau dengar lagu-lagu awesome or baca buku. Kalau ada situasi dalam lagu atau buku yang mengejek *sebab kadang2 playlist lagu sendiri perli balik kan* , apa kata kau fikir secara... Positif.

Ye, ye.. Aku tahu susah untuk positif. Sekurang-kurangnya kau kena cuba jadi optimistik. Ajar diri sendiri untuk bertindak. Selalunya perkara yang kita fikirkan tu mesti yang sudah berlaku kan? Bila takboleh nak berhenti berfikir baik fikirkan cara untuk berpandangan 'indah'.

Masa lalu kau dah lama pergi. Kau yang takpernah nak lepaskan masa lalu untuk terus berlalu. Macam mana kau nak ada satu masa yang bergerak ke depan tanpa menjentik peristiwa masa lalu tu?

Okay, apa yang kau fikirkan belum pula berlaku? Takpa, lalui harihari kau macam selalu. Jangan sampai routine kau berubah 360 darjah kerana kau takutkan sesuatu yang belum berlaku. Takut? Takda siapa pun nak sesuatu yang dia taknak, untuk terjadi.

Optimistik.
Dalam negatif masih ada positif.
Dalam takut masih ada keyakinan.
Dalam jatuh kau masih boleh bangun sendiri tanpa tangan lain yang menghulur
Dan aku percaya
Dalam buruk ada juga baiknya.

Payah. Memang payah. Tapi kalau kau takmampu ber-bungee jumping sekarang, jangan berangan-angan untuk terbang.

Tuesday, October 1, 2013

Diam-diam

Diam-diam bila kau berada dipihak aku.

Waktu seakan diputar dan kau lalui apa yang aku alami.

Bila peristiwa seakan deja vu bagi kau

Di saat pandangan kau kabur

Satu masa bila kau jatuh

Hati kau pecah macam belon.

Diri kau lumpuh.

Aku percaya, nama aku akan ada dalam laungan kau.

Tapi mungkin masa tu yang tinggal hanya dua batu putih.

Kaku.

Dan semoga kau terus hidup.

Oktober

Jiwa aku teguh

Hati aku padu

Minda aku terkadang buntu

Yang aku tahu,
Diri itu aku.

Kerana dua.

Aku yang tentu,
Aku yang mahu.

Takcukup.

Tapi aku takminta lebih.

Sunday, September 29, 2013

Berhenti

Di satu padang yang lapang.
Terlentang aku baring.
Peristiwa ibarat dimain di layar awan.

Undur. Berhenti. Main semula.
Undur lagi. Berhenti.

Sampai satu masa
Aku tertawa mengimbau moment itu.

Kalaulah kau mengerti
Kau takkan pernah terganti.

Pejam mata.
Tinggal bersamaku?

Friday, September 27, 2013

Pagi

Terjaga dipagi hari.
Deringan telefon yang memanggil-manggil tuannya.
Seperti tidak mahu berhenti berbunyi.

Perasaan itu datang.
Marah.
Marah pada pengganggu lenaku.

Masih berbunyi dan berlagu.

'Pagi, sayang. Bila mahu pulang?
Saya risau. Disebelah awak bukan saya. Ditempat awak tiada saya. Balik ye. Saya rindu.'

Sejuk hati.
Tersenyum sendiri.

Pagi yang cukup menyenangkan untuk memulakan hari ditempat orang.

Selamat pagi.

It would be such a splendid morning when you've got a phone call and the caller tell how much they worried when you far away from them.

Tuesday, September 24, 2013

Palat Sangat Ke?

Bila dia buka mulut dan lepaskan peluru huruf yang tersusun menjadi ayat yang tertancap ke hati. Dengarkan saja. Jangan diapi lagi. Dia perlukan pendengar. Cuma pendekatan dia mungkin ada sedikit salah disitu.

Takperlu disampaikan ke Mak Enon dan Mak Tah. Takperlu di bawa ke Pak Samad juga Pak Dolah. Nanti diusung pula ke Kedai Kopi Abang Ehsan.

Tak baik.

Secara rasional. Kau kutuk dia pula. Tapi kau masih setia disisinya. Alasan wajib, 'nak buat macam mana? Kawan kan..'

Palat sangat ke?

Sekarang aku nak kau guna alasan tu juga untuk tutup mulut tu. Aku tahu kau gosok gigi. Tapi memberus gigi je takcukup. Mungkin ada sisa yang kau taknampak tapi orang lain masih punya deria untuk bau nya.

Takda lagi pari-pari yang aku jumpa.
Begitu juga nenek sihir hodoh dan jahat.


Ada kawan pernah bagitahu :

'If they hate you on the first impression. Mesmerize them with your awesome personality. '

There's no other suitable answer. It start with you. What came from you. Make it beautiful. :)

Salam.

Sunday, September 22, 2013

Package.

J E L I N G A N  itu.

S E N Y U M  itu.


S U A R A  itu.


S U S U K T U B U H  itu.


K E T A W A  itu.


M A T A  itu.


Yang selalu aku rindu.






Sunday, September 15, 2013

Yang Tidak Sempurna.

Aku memilih untuk berusaha.
Berusaha untuk kita.

Kau memilih untuk berserah.
Berserah kepada yang maha Esa.

Aku lupa, Tuhan ada.

Kau lupa, kerja keras itu yang utama.

Kita sama-sama memilih jalan
Jalan yang membawa kita ke tempat yang dituju
Aku memberontak.
Kau gagah berjalan.
Tapi aku masih terus berjalan, cuma aku penat.
Tenaga dah habis ku gunakan.
Begitu juga kau.

Sekarang kau dihadapan aku memberi wajah itu.
Dan aku,
"Dulu masa aku kerah peluh yang ada, kau kata serahkan pada takdir.
Sekarang bila aku berserah, kenapa kau paksa aku untuk berusaha semula?"




p/s: sebelum kita menyerahkan hidup pada takdir, ingat bahawa Tuhan meminjamkan nyawa untuk kita berusaha. Selagi ia tidak melanggar kuuasa yang maha Esa. Wallahu a'lam.