Friday, September 21, 2012

Si Perempuan Itu

Salam. Hi semua!!! Hari ni kita nak cerita sikit kisah satu perempuan nie.Jiwang sikit la kot tapi kita suka. Untuk kita, setiap cerita itu terjadi, lebih awesome dari movie atau filem walaupun mungkin, jalan ceritanya tak sehebat filem.

"Jangan menidakkan sesuatu yang mungkin untuk kita. Si dia mungkin tak sesempurna lelaki lain, tapi cuba tengok ketidaksempurnaan dia. Dia berani. Dia berani untuk menyayangi si perempuan itu. Dia berani berhadapan hidupnya malah memperjudikan masa depan dia buat seseorang yang tiada keistimewaan. Siapa yang tak istimewa? Si perempuan itulah! Si perempuan yang layak dikata seperti, 'masih ramai yang cocok untuk kau, wahai lelaki, tapi kenapa perempuan itu?' Tapi buat masa sekarang, si dia masih teguh dengan dengan pilihannya dan Si Perempuan Itu berharap, piihan si dia tidak beralih. Walau waktu kian berjalan. Kerana, untuk Si Perempuan Itu, ketidaksempurnaan lelaki itu mampu menjadi kesempurnaan Si Perempuan yang tidak istimewa  seterusnya wujudlah.. kisah kita. Si lelaki kerap kali menyebut, 'hidup ini saling melengkapi'. Bukan senang nak mulakan hidup yang baru. Banyak juga dugaan yang datang pada Si Perempuan itu. Ada yang tidak setuju. Ada yang tidak terima. Ada yang suruh berjaga-jaga, takut nanti ditinggalkan si dia. Si perempuan itu diam. Bukan kelu lidah. Cuma satu reaksi sahaja yang dipamerkan, iaitu 'senyum'. Barangkali mereka masih peduli. Si perempuan itu juga percaya, si dia pasti punya dugaan tersendiri untuk ditempuhi. Kalau si dia mampu, kenapa bukan Si Perempuan Itu? Sebab si perempuan itu percaya, yang si dia harus kuat. Bila si dia kuat, Si Perempuan Itu pasti mampu. Sejauh mana hala tuju ini mampu melebarkan sayapnya? Sejauh yang mungkin, barangkali.. Si Perempuan Itu sering mengingatkan, bahwa bukan senang untuk menyayangi. Bukan senang untuk percaya. Bila sayang dan kepercayaan itu sudah dipupuk, jangan sia-siakannya kerana moment selepas itu takmungkin akan sama seperti dikecap dahulu. Takmungkin sama."

Lalu, Si Perempuan Itu berterima kasih atas kurniaan Si Dia buatnya. Semoga segalanya  mampu ditempuh. Jika hilang sekalipun, biarlah hilang dalam rasa cinta yang mampu dibawa hanya kerana Allah swt. Wallahualam.

p/s: Pilih pasangan hidup, sekali. Seumur hidup...

No comments:

Post a Comment