Friday, April 6, 2012

Perjalanan Waktu

Dalam masa aku takmenulis blog dekat setahun,banyak sangat perkara yang aku tempuh. Kira,taklari la pepatah "perjalanan masa mendewasakan kita" . Mungkin ada yang berpendapat, "perjalanan hidup aku constant,tak ada apa pun yang Mendewasakan aku". Oh,ini tersangat menarik untuk di beritahu. "Hidup kau tak constant lah sebenarnya,cuma mungkin kau tak sedar atau kau tak ambil tahu"

Sorry,tapi itu la hakikat bila kita terlalu ambil mudah untuk semua benda like you know.. "Take it easy"... not all the thing seems to be so easy buddy...

Aku hilang kawan. Aku dapat kawan. Aku hilang kepercayaan. Aku dapat betrayal. Banyak.. banyak.. Tak cukup membantu ke perkara nie dalam mendewasakan aku? Dewasa.. dewasa... Sampai pada satu tahap,aku takut sebab usia taknak semakin berkurang. apa yang aku dah capai? Pada masa semuaorang tengah berperang dalam haluan masing-masing,aku macammana pula? Dan sekarang masa itu milik aku. Aku takpunya masa tapi masa memiliki setiap inci dari diri aku.

Sayang,aku terlalu pandai berkata-kata sampai kata-kata itu terbang pergi tinggalkan aku. Sama macam perjalanan waktu yang takpernah tunggu aku. Jadi untuk apa aku menanti? Tak ada apa yang pasti. Kalau masih nak bertahan dengan takgerak, perjalanan masa tak akan bawa apa apa erti pun. Terus melangkah. Jangan berhenti. Supaya satu hari nanti bila aku menoleh,aku boleh berkata "perjalanan masa aku terlalu bernilai untuk di undur kembali"

Mulakan dengan Bismilahirahmanirahim :)

Saya kembali bertulis

Assalamualaikum semua :)
Dekat setahun blog nie menyepi.
Hari nie, kita nak mulakan kembali berblogging!
Takkisah lar kalau tak ada orang follow pun.
Kisah mumai akan mula semula.