Saturday, June 18, 2011

Cerita Saya Disebalik : Bogel menuju Tuhan

assalamualaikum. Blog saya memang dah bersarang labah-labah saya rasa. Apasal? Saya lupa password saya la..alamak! lepas nie kalau create password wahai cik mai,jangan buat panjang-panjang yer.

saya percaya untuk si pemblogger-blogger tegar dan fans Zahiril Adzim mesti dah tahu pasal buku dia, "Bogel menuju Tuhan". Amacam? Terbaikkkkkan!


Nielahh cover buku ZA. Memang saya suka bila kawan aku roger pasal buku nie. Balik dari kelas,Najla pun cakap pasal buku ZA will be launch today 18th June 2011 kat Central market @ annexe. Memang saya bertambah bahagia bila masa khabar-khabar berita itu keluar, sesungguhnya saya di UiTM Machang,Kelantan dan tidak pulang cuti ke rumah. Terima kasih ye wahai angin!

Saya fikir dan terus berfikir sehinggalah orang pertama yang saya tanya is bapak saya dan saya tanya juga 2 orang kawan aku yang balik KL,Tiara Syaira. Tiara tak ada transport nak pegi CM (*dia tinggal kat Selayang) and Syaira pula warded. Memang saya kawan yang baik bila minta tolong kawan yang sakit belikan buku.KEJAMNYA MAI!!!!

Nak jadikan cerita, tengah hari jumaat dalam pukul 3 (*petang dah,saya rasa). saya message bapa saya.

aku:nak minta tolong papa esok pkul 12 blh?
papa: nope.
aku: alah,papa bwklah adik im,dia ble tlg pnye..
papa: nope. papa got other matters to attend to. next time.
aku: fine..

Memang boleh sangat next time.. haiisshhh... then,saya rasa mentol sudah mula bercahaya,call mama. "ayat" mama pujuk papa. Mama kata mama tak janji,mama try. Dan result dia NEGATIVE =..=
Dalam pukul 1 pagi,saya message lagi hehehehehe. Lepas message saya tidur. Bangun dari tidur saya call mama,mama cakap papa pegi pasar. Okay,memang dah takda harapan TAPI tiba-tiba nokia TORCHlight hehehe saya vibrate and tulis "papa calling.." 
aku: hello pa
papa: hello.. kak,yg buku tuh CM kat mana? 

memang mcm nak pingsan. Macam nak jerit pun ada. Alhamdullilah,buku sudah selamat berada ditangan Encik Mohamad Zaidi bin Hassan merangkap ayah kepada saya. buku itu juga secara official-nya telah ditanda tangani Zahiril Adzim. Malam esok,buku ku InsyaAllah akan selamat berada dalam bagasi Tiara yg akan pulang ke kelantan.. *how sweeettt!

I love you Papa!! sangat2! kalau tak belikan buku ZA pun,tetap sayang juga. It just,unexpected.. And aku lagi terharu bila papa bagi message and kata "xpe,papa belanja" .. mahu menetes air mata rasanya! hheeheh sebab sayakan budak yang tak berapa nak baik,yang selalu cuba bayar semula barang yang saya kirim (*tapi tak langsai semua pun ;p) Saya bersyukur kerana ada ibubapa yang memahami minat anak-anak mereka. Mereka tak memaksa dan tak juga mengongkong. Saya memang selalu susahkan mak bapak saya (*saya mengaku) tapi saya susahkan keatas benda yang berfaedah. Tapi jgn cari masalah dengan mak bapak saya kalau taknak saya jadi "luarbiasa" huh! 


last but not least,to those yang dah dapat buku ZA,happy reading! And to those yang belum sempat beli,boleh buat tempahan kat blog ZA ada post. And selamat Hari Bapa buat bapa-bapa Sedunia. Saya sayang ayah saya. Awak sayang Ayah awak. Saya cakap Ayah saya the best, awak pun. Jadi dengan ini, apa yang membezakan kita adalah cara kita sebagai anak membalas setiap budi ibu bapa kita. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua. Amin~ Abye people!! mwuuaaahhh!!!!